Monday, August 24, 2009

RENUNGAN BERSAMA

Hasad adalah suatu sifat atau skap dengki atau irihati terhadap nikmat yang diperolehi oleh orang lain. Bukan hanya semata-mata iri hati sahaja, tapi yang diinginkannya supaya nikmat tersebut hilang dari tangan orang yang berkenaan.
Pada hakikaatnya hati kecilnya menginginkan supaya ia mahu dapat pula memperolehi nikmat seperti itu, tapi tidak kemampuan untuk mendapatkannya, maka timbullah sikap buruk dalam dirinya iaitu hasad dan dengki. Sikap jiwa orang yang hasad itu diungkapkan dalam Al-Quran:
" Jika kamu memperoleh kebaikan, nescaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira kerananya." ( Al- Imran:120 )

Akibat dari hasad bukan sahaja merosak diri orang lain, tetapi juga merosak diri sendiri. Oleh sebab itu, ALLAH SWT memerintahkan supaya orang-orang yang beriman baik lelaki mahu pun perempuan sulalu memohon perlindungan diri dari penyakit yang bahaya ini seperti dijelaskan dalam Al-Quran:
" Dan aku berlindung kepada Tuhan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki."
( Al-Falaq:5 )

Dalam sebuah hadis Rasulullah menjelaskan:
" Ada tiga perkara, dimana tiap-tiap umat tidak terlepas daripadanya, iaitu: Hasad, buruk sangka dan berselisih. Mahukah aku tunjukkan kepada kamu jalan keluar dari tiga perkara itu? Iaitu apabila engkau buruk sangka, janganlah engkau kuatkan buruk sangkamu itu, apabila hasad janganlah berlaku kejam dan apabila engkau berselisih faham, maka janganlah engkau menyakiti." ( HR, Abu Daud )


--
Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai..... ..

Friday, August 7, 2009

KELABIHAN KALAM ALLAH(AL QURAN)

Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar dan utama yang diturunkan oleh Allah kepada nabi kita Muhammad s. a. w. Ia merupakan petunjuk yang paling baik untuk umat manusia sehingga hari qiamat dalam mencari keredhaan Allah seterusnya mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Di antara kelebihan membaca serta menghayati segala isi al-Quran dapat dilihat melalui beberapa petikan hadis nabi s. a. w sebagai pedoman kepada kita semua.

1. Sabda nabi s. a. w yang bermaksud :

Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarnya (HR muttafaqqun 'alaihi)

2. Sabda nabi s. a. w yang bermaksud :

Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya(pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa alif laam miim itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf (HR Tarmizi)

3. Sabda nabi s. a. w yang bermaksud :

Orang yang membaca al-quran dan dia mahir dengannya bersama malaikat yang mulia dan orang yang taat. Sesiapa yang membaca al-Quran sedangkan dia tersekat-sekat padanya dan dia begitu susah atasnya maka baginya 2 pahala (pahala membaca dan pahala kesusahan). (HR Bukhari dan Muslim)

4. Abi Umamah al-Bahili telah berkata bahawa dia mendengar sabda Nabi s. a. w yang bermaksud :

Kamu hendaklah membaca al-Quran maka sesungguhnya ia akan datang pada hari qiamat sebagai syafaat bagi ahli-ahlinya (HR Muslim)

5. Sabda nabi s. a. w yang bermaksud :

Sesungguhnya sesiapa yang tidak terdapat pada kerongkongnya sesuatu daripada al-Quran(tidak membaca) maka ia seperti rumah yang usang (HR Tarmizi)

6. Dalam satu hadis Qudsi di mana sabda nabi s. a. w yang bermaksud :

Allah telah berfirman yang bermaksud :

Sesiapa yang sentiasa sibuk dengan al-Quran dan zikir mengingatiKu daripada meminta-minta kepadaKu maka Aku akan anugerahkan perkara yang lebih baik daripada Aku anugerahkan kepada mereka yang sentiasa memohon kepadaKu itu. Dan kelebihan Kalam Allah di atas segala kalam yang lain seperti lebihnya Allah di atas segala makhlukNya (HR Tarmizi)

7. Sabda nabi s. a. w yang bermaksud :

Tiada suatu kaum yang berhimpun di dalam rumah daripada rumah-rumah Allah (masjid) membaca kitab Allah (al-Quran) dan tadarrus antara mereka melainkan akan diturunkan ketenangan ke atas mereka, disirami ke atas mereka rahmat, dikelilingi oleh para malaikat dan Allah menyebut-nyebut mereka pada sesiapa disisinya (HR Muslim)

8. Daripada Daripada 'Uqbah bin 'Amir telah berkata :

Telah keluar Rasulullah s. a. w menemui kami di Suffah maka sabdanya : Siapakah di kalangan kamu yang suka keluar ke Buthan dan 'Aqiq (nama 2 tempat di Madinah) di mana dia akan membawa pulang darinya 2 ekor unta yang sihat lagi gemuk tanpa berbuat dosa dan tidak pula memutuskan tali persaudaraan ?

Maka kami menjawab : Wahai Rasulullah! Kami semua menyukai perkara itu.

Sabdanya : Mengapakah seseorang daripadamu tidak keluar ke masjid untuk belajar atau membaca 2 ayat daripada kitab Allah (al-Quran) maka ia lebih baik daripada 2 ekor unta yang gemuk, tiga ekor, empat ekor di mana lebih baik baginya daripada empat dan daripada semua bilangan unta. (HR Muslim)

Marilah sama-sama kita bertadabbur agar kita diredhaiNYA.KALAM

SYAWAL

Suatu ketika Syawal terlibat pembicaraan dengan gurunya…. Syawal mempertanyakan makna cinta dan gurunya pun menjawab: “Masuklah kedalam huta...