Thursday, October 30, 2008

KISAH TELADAN

Pada suatu masa ada seorang yang memusuhi Allah. Ia suka menanyakan tiga soalan dan tiada siapa yang boleh menjawabnya. Bahkan ulama-ulama di Baghdad pun tidak dapat menjawabnya. Ini menyebabkan ia semakin menjadi-jadi memperleceh Islam.

Pada suatu hari seorang anak lelaki berumur lebih kurang 10 tahun datang dan mendengar cabaran yang dibuat oleh lelaki tersebut. Lelaki ini mencabar siapa sahaja untuk menjawab soalannya. Anak lelaki itu diam dan memerhatikan sahaja.


Kemudian ia nekat untuk menyahut seruan lelaki itu. Ia kemudiannnya berjalan ke arah lelaki itu dan berkata, "Aku sahut cabaranmu" Lelaki itu ketawa dan tambah memperleceh lagi
orang-orang Islam sambil berkata, "Anak berumur 10 tahun menyahut seruanku? Ini sajakah yang mampu kamu adakan?" Anak lelaki itu dengan tenang mengulangi sekali lagi hasratnya.akan menyaht cabaran lelaki ini dan dengan pertolongan dan petunjuk Allah ia akan menundukkan lelaki ini.


Lelaki itu akhirnya bersetuju. Maka ramailah orang berkumpul di sekeliling bukit kecil di mana selalunya rapat-rapat umum diadakan.

Maka lelaki yang bongkak itu pun naik ke atas bukit dan dengan suara yang kuat ia menanyakan soalan pertama,

"Apa yang sedang dilakukan oleh Tuhanmu sekarang?"

Anak lelaki itu berfikir sejenak dan tak lama kemudian ia meminta lelaki itu turun dari atas bukit supaya ia boleh naik dan menjawab soalan itu.
Lelaki itu dengan nada yang agak marah berkata,
"Apa? Kau mahu aku turun?"
"Ya!" jawab anak lelaki itu. "Kau hendak aku jawab, bukan?"

Akhirnya lelaki itu turun dan itu dengan kakinya yang kecil naiklah ke atas bukit. Lalu ia berkata, "Ya Allah yang Maha Gagah. Engkaulah menjadi saksi di hadapan orang ramai ini. Kau baru sahaja mentakdirkan orang kafir ini turun ke aras yang rendah dan orang yang beriman ke atas yang tinggi".

Mendengar jawaban anak ini orang ramaipun bersorak sambil bertakbir, "Allah-hu-akbar! !!"
Lelaki itu pun rasa terpukul tetapi masih tidak jera lalu menanyakan soalan kedua.

Soalnya, "Apa yang wujud sebelum Tuhan?" Anak lelaki itupun bertafakkur. Lalu ia meminta lelaki itu mengira dari 10 ke belakang. Lelaki itu pun mengira, "10, 9 ,8 , 7 , 6, 5, 4, 3, 2, 1,0" Lalu anak lelaki itupun bertanya, " Apa yang wujud sebelum 0 ?"
Jawab lelaki itu, "Tak tahu ....... tiada" Anak lelaki itupun
berkata, "Tepat sekali. Tiada sebelum Allah, Dia kekal abadi".

Orang ramai bersorak lagi sambil bertakbir, "Allah-hu-akbar! !!!" Lelaki itu mula putus asa tetapi meneruskan dengan soalan ketiga,

" Ke arah mana Allah menghadap? "

Seperti tadi anak lelak itu pun berfikir sejenak. Lalu ia meminta sebatang lilin. Sebatang lilin dibawakan kepadanya lalu ia memberikannya kepada lelaki tadi. Ia meminta lelaki itu menyalakan lilin berkenaan. Lelaki itu menyalakan lilin itu sambil berkata,

"Apa yang kau ingin buktikan?"
Anak lelaki itupun bertanya, "Ke arah manakah cahaya lilin itu memancar?" Lelaki itu menjawab, "Tentulan ke semua arah". Anak lelaki itupun berkata, "Kau telah menjawab soalanmu sendiri. Cahaya Allah memancar ke semua arah. Dia ada di mana-mana. Tiada tempatpun diatiada

Orang ramaipun bersorak lagi sambil bertakbir, ""Allah-hu-akbar! !!" Lelaki itu kagum dan hatinya tersentuh dengan kepandaian anak itu lalu ia menjadi penganut Islam dan belajar dengan anak itu.

Tahukah anda siapa anak lelaki itu? Ia adalah salah seorang imam mazhab besar dalam ahli sunnah wal jamaah. Imam Abu Hanifah.

Wednesday, October 29, 2008

SOLAT DAN SAINS

Sembahyang juga boleh rawat penyakit kritikal

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

Berita Minggu mendapatkan pandangan setiap pengkaji mengenai hasil kajian masing-masing.

Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot


Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.

Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

“Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya.

Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.

Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.

Ng Siew Chok - Isyarat Otak

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalogr aphy) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

“Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

“Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

“Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

“Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.


Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.

Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.

Saturday, October 25, 2008

SAAT KEWAFATAN BAGINDA

Salam, Cerita dibawah hanya untuk panduan kita semasa kita masih hidup....... ........
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah,

Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua surga terbuka lebar menanti kedatanganmu, " kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas.

Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya
Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis-shalaati, wa maa malakat aimaanukum - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.

" Di luar pintu,tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii!" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allaahumma sholli 'alaa Muhammad wa baarik wa sallim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Tuesday, October 21, 2008

PAKAIN WANITA MENGIKUT SUNNAH

Salam ukwah dan salam sejahtera buat sahabat sahabat yang dikasihi,alhamdulillah bersyukur kepada allah s.w.t kerana masih lagi di beri nikmat kesihatan yang tidak terhingga,selawat dan salam buat junjungan kita,nabi muhammad ahli keluarga,sahabat sahabat serta orang orang yang mengikuti jalanan jalanan para AMBIYA''..

Hampir 20 hari ramadan berarak pergi,syawal pula di saban hari,tapi perlu di ingati di sisi allah bulan syawal juga mempunyai kelebihan yang tersendiri..iatu puasa 6.lama juga aku meniggalkan kembara senja,mungkin disebabkan sibuk dengan urusan kuliah,maklumlah sudah masuk musin kuliah,tetapi kesibukan bukan satu halangan untuk kita terus menulis bak kata pepatah nak seribu daya tak seribu dalih..

Kali ini aku bawakan satu artikel yang agak menarik juga bagi aku,tetapi ianya menyentuh mengenai pemakaian kaum hawa mengikut sunnah,bukan apa akhir zaman ini kalu di perhatikan bnyak fsyen pemakain yang digayakan oleh kaum hawa,adakah pemakian itu berlandaskan syarak atau menyimpang dari syarak??

Ciri2 pakaian wanita mengikut Sunnah

1. Pakaian itu mestilah menutup aurat

Rasulullah saw bersabda :

Telah berkata Aisyah r.a “ Sesungguhnya, Asma’binti Abu Bakar menemui Nabi saw dengan memakai busana yang nipis ” Maka nabi berpaling daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’ , sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini , sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya”

2. Pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga tampak bayangan tubuh badan dari luar

“Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah : kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta yang mereng. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga, sedangkan bau syurga dapat dicium dari jarak yang sangat jauh”

(Riwayat Muslim)

3. Pakaian itu tidak ketat atau sempit , tetapi longgar atau selesa dipakai.Ia menutup bahagian-bahagian bentuk tubuh yang menggiurkan nafsu lelaki dan ia menutup aspek kehaiwanan dari insan itu.

Dalam sebuah riwayat dari Abdullah bin Abi Salamah bahawa Umar Bin Khattab r.a menghadiahkan kepada seseorang dengan pakaian nipis buatan Mesir Lama, kemidian berkata , “Jangan dipakaikan kepada isteri-isteri kamu!” Lalu seseorang berkata “ Ya Amirul Mukminin aku telah memakainya untuk isteriku, kemudian memutarkan badannya tetapi tidak kelihatan auratnya .” selanjutnya Umar berkata, “Memanglah auratnya tidak nampak, tetapi bentuk tubuhnya nampak”

4. Warna pakaian itu suram atau gelap, seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya( terutamanyya pakaian seperti jilbab atau abaya) . Menurut Ibnu Kathir di dalam tafsirnya pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi saw ketika mereka keluar rumah berwarna hitam)

5. Pakaian itu tidak sekali-kali disemerbakkan dengan bau-bauan yang harum, demikian juga tubuh badan wanita itu, kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu kelamin lelaki yang ajnabi.Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah sehingga lelaki mencium baunya disifatkan oleh Rasulullah saw sebagai zaniyah, yakni pelacur atau penzina.

“Wanita apabila memakai wangi-wangian , kemudian berjalan melintasi kaum lelaki maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur ”

(Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)

6. Pakaian itu tidak bertashabbuh dengan pakaian lelaki yakni tiada meniru –niru atau menyerupai pakaian lelaki

Telah berkata Ibnu Abbas : “Rasulullah saw telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki”

(Riwayat Bukhari)

7. Pakaian itu tiada bertashabbuh dengan pakaian permpuan-perempuan kafir dan musyrik

8. Pakaian itu bukanlah libasu sh-shuhrah, yakni pakaian untuk bermegah-megah , untuk menunjuk-nunjuk atau bergaya.

Sunday, October 19, 2008

ZIKIR BERAMAI RAMAI

Berikut adalah ayat al Quran dan hadis nabi mengenai kelebihan berzikir dimana di dalamnya ada bacaan ayat quran, tasbih, tahmid, takbir dan zikir la ilaa ha illah yang lebih dikenali sebagai tahlil dan biasa dilakukan dalam kenduri-kenduri.

Sheikh Allamah Musnid Prof. Dr. Ali Jum'ah (Mufti Mesir) mengatakan (dalam buku beliau "Al-Bayan") bahawa: " Berhimpun untuk melakukan zikir secara berjemaah dalam satu halaqah (perhimpunan) merupakan suatu amalan yang sunnah, yang bersandarkan dalil syarak yang mulia.


"Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "Bersabarlah kamu (tekunlah kamu) takkala bersama dengan orang-orang yang yang menyeru kepada Tuhan mereka (berdoa dan berzikir), samada petang ataupun pagi, dalam mengharapkanNya. .." (Al-Kahfi: 28)


Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya, bagi malaikat itu, sekumpulan malaikat yang berlegar-legar dalam mencari ahli zikir. Maka, apabila mereka (malaikat) mendapati satu kaum berzikir kepada Allah s.w.t., mereka (malaikat) akan berkata (kepada sesama para malaikat yang lain): "marilah segera kepada hajat kamu (apa yang kamu hajati)" Maka, mereka menaungi golongan yang berzikir (secara berjemaah tersebut) dengan sayap-sayap mereka sehingga ke langit dunia..." Al-Hadis. (riwayat Al-Bukhari).


Dari Mu'awiyah r.a. telah berkata, bahawasanya Nabi s.a.w. pernah keluar menuju ke halaqah para sahabat Baginda s.a.w.. Lalu, Baginda s.a.w. bertanya (kepada para sahabat yang berhimpun tersebut): "Apa yang menyebabkan kamu semua duduk berhimpun ini?" Mereka menjawab: "Kami duduk untuk berzikir kepada Allah s.w.t., memujiNya terhadap nikmatNya takkala Dia memberi hidayah kepada kami dalam memeluk Islam..." sehinggalah sabda Nabi s.a.w.: "Sesungguhnya Jibril telah datang kepadaku dan memberitahuku bahawa Allah s.w.t. berbangga terhadap kamu di hadapan mara malaikat" (hadis riwayat Muslim)


Dari Abi Hurairah r.a. telah berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Tidaklah duduk sesuatu kaum, akan suatu majils untuk berzikir kepada Allah, melaikan para malaikat akan menaungi mereka, akan terlimpah rahmat ke atas mereka, dan Allah s.w.t. juga akan memperingati mereka..." (hadis riwayat Muslim)


Imam An-Nawawi dalam syarah beliau mengatakan bahawa: "hadis ini menunjukkan tentang kelebihan majlis-majlis zikir dan kelebihan orang-orang yang berzikir, serta kelebihan berhimpun untuk berzikir beramai-ramai.


-tamat ringkasan nukilan-
Demikianlah ringkasan daripada fatwa guru kami, Dr. Ali Jum'ah, yang merupakan Mufti Negara Mesir sekarang. Semoga Allah s.w.t. memberi manfaat dengan ilmu beliau kepada seluruh umat Islam.

Thursday, October 16, 2008

SAHABAT


12 sifat sahabat

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu


4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik

5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu( membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Sungguhpun begitu, kita seharusnya individu yang perlu memiliki sifat-sifat di atas. Semoga persahabatan dan persaudaraan sesama kita sentiasa berkekalan dan menguatkan lagi ukhuwah Islamiah.

FALSAFAH KEJAYAAN

'For things to change, I must change first'
Dengan meyakini bahawa kita boleh menjadi juara, peluang untuk meraih
kejayaan lebih terserlah. Kita perlu ingat bahawa kitalah yang bertanggungjawab
sepenuhnya ke atas kejayaan diri sendiri. Orang lain hanya boleh membantu,
menegur, memberi nasihat dan peringatan serta membimbing dan menolak
kita dari belakang. Sebaliknya tanggungjawab untuk bertungkus lumus dan
bertindak bagi menjayakan sesuatu kerja terletak pada diri kita sendiri.
Jadi, apa yang kita lakukan terhadap diri sendirilah yang akan menentukan
kejayaan atau sebaliknya. Jika kita menggunakan segala potensi yang
dianugerahkan oleh Allah kepada kita untuk mencapai matlamat tertentu,
bersikap lebih positif serta berusaha bersungguh-sungguh nescaya kita
akan berjaya.
Jadi kesimpulannya, untuk tujuan apa kita gunakan potensi diri yang ada pada
diri sendiri dan sehebat mana kita menggilap potensi itu akan menentukan
kejayaan buat diri kita. Jadi kejayaan banyak bergantung kepada apa yang kita
lakukan terhadap diri sendir

Wednesday, October 1, 2008



DINGIN DIPERIGI WAKTU PAGI
BERKOKOK AYAM DITENGAH LAMAN
AIDIL FITHRI MENJELMA LAGI
TAMATLAH UJIAN BAGI YANG BERIMAN



KETUPAT DILETAK DI KAIN KASA
RENDANG DILETAK TEPI MAK SITI
ANDAI ADA TERSILAP BAHASA
MAAF DIPINTA MENYUSUN JARI



ADAT JAUH KATA MENGATA
ADAT DEKAT PUJI MEMUJI
KALAU ADA TERSILAP KATA
MAAF DIPINTA SEPULUH JARI



SUNGAI DISUSUR SEHARI HARI
DALAM GELAP MENANGKAP IKAN
SAYA MENYUSUN SEPULH JARI
SALAH DAN SILAPHARAP MAAFKAN

MOTIVASI IMAN

BERHENTI MENJADI GELAS('QALBI')

Seorang guru sufi mendatangi seorang muridnya ketika wajahnya kebelakangan ini selalu
nampak moody."Kenapa kau selalu moody, nak?

Bukankah banyak hal yang best best dan indah di dunia ni? Ke mana perginya wajah bersyukurmu?" sang Guru bertanya.

"Guru, kebelakangan ini hidup saya penuh masalah. Berat bagi saya untuk tersenyum. Masalah datang seperti tak ada habis-habisnya," jawab sang murid muda.

Sang Guru terkekeh. "Nak, ambil segelas air dan dua genggam garam.Bawalah kemari. Biar kuperbaiki suasana hatimu itu."Si murid pun beranjak perlahan tanpa semangat.

Ia laksanakan permintaan gurunya itu, lalu kembali lagi membawa gelas dan garam sebagaimana yang diminta."Cuba ambil segenggam garam, dan masukkan ke segelas air itu," kata Sang Guru. "Setelah itu cuba kau minum airnya sedikit."

Si murid pun melakukannya. Wajahnya kini merengis kerana minum masin."Bagaimana rasanya?" tanya Sang Guru."Masin, dan perutku jadi mual," jawab si murid dengan wajah yang masih merengis.

Sang Guru terkekeh-kekeh melihat wajah muridnya ."Sekarang kau ikut aku." Sang Guru membawa muridnya ke danau berhampiran tempat mereka.

"Ambil garam yang tersisa, dan tebarkan ke danau."Si murid menebarkan segenggam garam yang tersisa ke danau. Rasa masin di mulutnya belum hilang. Ia ingin meludahkan rasa masin dari mulutnya, tapi tak dilakukannya.

Rasanya tak sopan meludah di hadapan mursyid, begitu fikirnya."Sekarang, cuba kau minum air danau itu," kata Sang Guru sambil mencari batu yang cukup datar untuk didudukinya, tepat di pinggir danau.

Si murid menangkupkan kedua tangannya, mengambil air danau, dan meneguknya. Ketika air danau yang dingin dan segar mengalir di kerongkongnya, Sang Guru bertanya kepadanya, "Bagaimana rasanya?"Segar, segar sekali," kata si murid sambil mengelap bibirnya.

Danau ini berasal dari aliran sumber air di atas sana. Dan airnya mengalir menjadi sungai kecil di bawah.Dan sudah pasti, air danau ini juga menghilangkan rasa masin yang tersisa di mulutnya."Terasakah rasa garam yang kau tebarkan tadi?" "Tidak sama sekali," kata si murid sambil mengambil air dan meminumnya lagi. Sang Guru hanya tersenyum memperhatikannya, membiarkan muridnya itu meminum air danau sampai puas.

"Nak," kata Sang Guru setelah muridnya selesai minum. "Segala masalah dalam hidup itu seperti segenggam garam. Tidak kurang, tidak lebih.Hanya segenggam garam. Banyaknya masalah dan penderitaan yang harus kau alami sepanjang kehidupanmu itu sudah dikadar oleh Allah, sesuai untuk dirimu.

Jumlahnya tetap, man man saja, tidak berkurang dan tidak bertambah. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pun demikian. Tidak ada satu pun manusia, walaupun dia seorang Nabi, yang bebas dari penderitaan dan masalah."Si murid terdiam, mendengarkan."Tapi Nak, rasa masin dari penderitaan yang dialami itu sangat tergantung dari besarnya 'qalbu'(hati) yang menampungnya. Jadi Nak,supaya tidak merasa menderita, berhentilah jadi gelas. Jadikan qalbu dalam dadamu itu jadi sebesar danau."



...Dlm sribu mesti ada satu yg mjd perhatian, dlm perhatian yg satu itu ramai yg mbuat pbandingan,dlm pbandingan itu pula org mcari ksilapan & jarang menilai kebaikan.....kerana apa??kerana yang satu itu terlalu istimewa

SYAWAL

Suatu ketika Syawal terlibat pembicaraan dengan gurunya…. Syawal mempertanyakan makna cinta dan gurunya pun menjawab: “Masuklah kedalam huta...