Sunday, September 28, 2008

ADAKAH INI RAMADAH TERAKHIR??

Salam ukhwah dan salam sejahtera buat sahabat sahabat yang di kasihi,rasanya sudah lama aku meninggalkan penulisan dalam kembara senja,mungkin di sebabkan masa yang begitu mencemburui aku.Hari demi hari masa demi masa menghitung waktu sepuluh ramadan terakhir,adakah ini ramadan terakhir buatku?atau masih lagi di beri peluang utuk menyahut cabaran ramadan akan datang.

Apapun yang hendak di perkatakan mengenai ramadan aku perlu menerima hakikatnya bahawa aku sudah berada di penghujungnya.Masa yang berlalu tidak akan kembali umur yang muda semangkin berganjak,adakah masa yang berlalu kita isikan dengan benda yang manfaat?atau masa yang berlalu itu di isikan dengan perkara yang berbangsa duniawi besifat sementara yang pasti ianya akan binasa apabila dikehendakki oleh sang pencipta?

ya allah tetepkan kedua kakiku dalam landasan perjuangan ini,supaya tak bisa ku rebah walaupun di hempap badai yang mendatang,itulah kalimat yang mampu ku ucapkan walaupun diri ini tak sehebat sahabat sahabat rasul tak sekuat iman abdulah ibnu maktum seorang sahabat yang buta matanya tua usianya,tetapi hatinya celik dengan nur keimanan.

Ya rasul allah berikan ku membawa panji panji perang di barisan hadapan supaya tidak bisa ku undurkan diri bila musuh datang menyerang di arah hadapan kerna aku tidak bisa melihat siapakah yang datang seterusnya tidak ku undur walupun setapak dari medan perperangan,begitulah kentalnya iman sahabat untuk menegakan agama islam..

Ah terasa kerdilnya diri ini bila di hitungkan,waulau bagaimanapun langkah demi langkah cuba ku susunkan untuk menjadi seorang hamba yang kental dalam perjuagan ini,walaupun menyadari diri ini sangatt kerdil.baki sehari,ramadan akan melambai pergi syawal pula berangkak mari,mudah mudahan terbiyah ramadan kali ini mampu ku bawakan di bulan bulan yang berikutnya,tidak terhenti hanya di bulan ramadan.Wahai tuhan yang membolak balikan hati,tetepkan hatiku dalam ketaatan padamu..aminn

PESANAN LUQMAN EL-HAKIM

Alhamdulilah bersyukur kehadrat ilahi kerana masih dikurniakan sihat tubuh badan dan juga nikmat akal fikiran yang amat berharga untuk meneruskan kehidupan di atas muka bumi ini.lama juga aku tinggal kembara senja,hampir dua minggu rasanya tak menjengok.walau bagaimanapun kali ini aku bawakan artikel mengenai nasihat luqman el-hakim untuk tatapan diri ini dan tak lupa juga buat sahabat sahabat..



kemungkinan sahabat sahabt tertanya tanya,di mana artikel baru??balik balik lauk yang sama di hidangkan untuk berbuka..hehe jagn risau kali ni lauk baru ye..huhuhu.insyallah rasanya pesanan ini amat berguna utuk sama sama kita memperbaiki diri..hanya 25 pesanan sahaja yang mampu aku nukilkan wat tatapan bersama...



25 PESANAN LUQMAN EL-HAKIM KEPADA ANAK-ANAKNYA


01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini
bagaikan
lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya.
Bila engkau ingin selamat,
agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN
yg bernama TAKWA,ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah
TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 - orang - orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk
menerima nasihat,maka dirinya akan mendapat penjagaan
dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setalah menerima
nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima
kemulian dari ALLAH juga.

03 - Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan
rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka
dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada
ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada
ALLAH.

04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu
kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya
ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana
sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu
hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 - Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu
yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah
kpd ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ),
tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa
dari rahmat ALLAH.

07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang
air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang
yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak
melamunkan hal hal yg tidak benar. Ketahuilah,
memindahkan batu besar dr tempatnya semula itu lebih
mudah drpd memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu
mengerti.

08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa
beratnya mengankat batu besar dan besi yg amat berat,
tetapi akan lebih lagi drpd semua itu,adalah bilamana
engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.

09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg
bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang
cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi
utusan.

10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah
dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal
sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yg
berbahaya.

11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan,
takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan,
pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan
mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan
menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu
kepada
kesenangan duniawi sahaja.

12 - janganlah engkau makan sampai kenyang yg
berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg terlalu
kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu
diberikan kpd anjing sahaja.

13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan
sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung
memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana
manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu
belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang
orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para
alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya
bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau
tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah
bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah
banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih
mahu menambahkannya.

16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan
sejati, maka ujilahterlebih dahulu dengan berpura pura
membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia
masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau
mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka
berhati-hatilah.

17 - selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu
serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan
disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap
orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga.

18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah
dirimu padanyasebagai orang yg tidak mengharapkan
sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg
mengharapkan sesuatu darimu.

19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku
sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau
mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat
riya' yg akan mendatangkan cela pd dirimu.

20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan
dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja
kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia
sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina
daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan
mengeluarkan kata
kata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau
akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara,
usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi
orang lain.

22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau
bukan kerana sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau
berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau
bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu,
janganlah mensia-siakan hartamu.

23 - Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi,
sesiapa yg pendiam akan selamat daripada berkata yg
mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan
lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal.

24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim
lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana
sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan
nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah
dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu
disirami air hujan.

25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar
keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya
untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia
ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau
akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.
Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta
meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau
makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah
engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua
muka, kelak akan membinasakan dirimu


Thursday, September 18, 2008

SAYYIDUL ISTIGHFAR



salam kepada sahabat-sahabat,ha cuba tgak kat atas tu,tidak ada apa yang nak di kongsikan bersama cuma sayyidul istighfar ja..awal ramadan itu merupakan rahmat,pertengahanya pegampunan dan penghujungnya terlepas dari neraka..sedar tak sedar dah d pertengahan ramadan kan,marilah kita memperbanyakkan istighfar moga2 di ampunkan dosa2 kita..celakalah bagi orang yang mendapati bulan ramadan tetapi tidap mendapat pengampunan,demikian la doa jibril yang di aminkan oleh nabi,oleh itu sama2 kita memperbanyakan istghfar moga2 tidak termasuk di dalam gologan tersebut..aminnnn

PEKARA AJAIB TERSEMBUNYI DALAM MINDA

salam sejahterah dah salam ukhwah buat sahabat-sahabat,alhamdulillah mari sama-sama kitapanjatkan ksyukuran kehadrat ilahi kerana masih di beri kesempatan waktu utuk berada di bulan yang penuh kemulian ini,alhamdulliah sekarang sedar tak sedar kita sudah berada di pertengahan bulan ramadan.. bersyukur juga kehadrat ilahi kerana mengurniakan nikmat islam dan nikmat iman kepada hambanya ianya merupakan nikmat yang paling bernilai nisbah dunia dan isinya.bayangkan jika dua nikmat ini tidak dikurniakan,mampukah kita utuk berada di madrasah ramadan?sama-sama kita renung dengan insaf..


bercakap pasal ramadan ni terlupa pulak,sebenarnya saya ada satu article yang nak di kongsikan bersama..huhuhu..mara kita tgak pa articlenya......



Apakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?



1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda
Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.
Demikianlah apabila anda tidak lansung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.
Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”





2) Berkomunikasi dengan minda ke minda
Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.
Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.
Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.




3) Daya magnet dalam fikiran beremosi
Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.
Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.




4) Mengawal minda untuk lebih berjaya
Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah.
Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhka n, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.




5) Dua pemikiran dalam masa yang sama
Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.




6) Minda teransang melalui solat dan doa
Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.
Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.


oleh: Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj
--------------------------------------------------------------------------------Dipetik daripada
buku “Membina Imaginasi Cemerlang”, ms 123-126.

Thursday, September 4, 2008

BULAN UNTUK MENGISLAH DIRI

assalamualikum dan salam ukwah kepada sahabat sahabat yang berada di bumi ardun kinanah tidak lupa juga yg berada di tanah air malaysia,rasanya tidak terlambat utuk saya mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa.


Apapun Ramadan memang benar-benar menjanjikan yang terbaik berupa amalan-amalan, yang bukan sahaja tidak dijanjikan pada bulan-bulan lain selainnya, malah setiap amalan itu pula diganjari dengan pahala yang berlipat kali ganda. Ia bertujuan untuk menggalakkan umat agar suka beribadat untuk mencari keredaan Allah SWT.



Ditambah pula dalam Ramadan terdapat 'Lailatul Qadr', tadarus al-Quran, tazkirah, sesi berbuka puasa dan sahur, qiyamullail, iktikaf, pengeluaran zakat fitrah, sedekah, bersolat jemaah pada solat lima waktu, bersegera melakukan kebaikan dan banyak lagi merupakan amalan-amalan yang boleh melonjakkan prestasi seorang individu Muslim itu kepada Allah SWT.


sebenarnya hari ini sudah ketandusan,puasa memerah otak ni...heheh..x keluar juga ilham ni ketuk2 kat bantal pun x keluar juga...hehehe...alhamdulillah bila buka email,da seorag shabat meghantarkan email yang tajuknya berbunyi ramadan peluang mengislah diri,rasanya ianya
boleh memberi manfaat untuk diri ini tidak lupa juga buat sahabt sahabt sekalian...huhuhu
banyak beceloteh la pulak huhuhu...jagan marah ya..ok la mari kita sama sama meninjau
apa kaedahnya ya???yang baik kita jadikan tauladan dan yang buruk kita jadikan sempadan
mudah mudahan ramadan ini kita memperolehi ganjaran dari allah dan seterusnya mencapai
satu malam yang di janjikan oleh allah yang mana ianya lebih baik dari seribu bulan(lailatul qodar)menyamai ibadah selama 83tahun.


Kaedah bagi melakukan pengislahan diri pada bulan Ramadan


* Iringkan diri anda sentiasa bersama niat yang suci untuk melakukan pengislahan diri sepanjang bulan Ramadan.


* Persiapkan diri anda dengan perancangan rapi untuk berubah dan sentiasa raikan perancangan tersebut.


* Paling utama yang perlu anda lakukan ialah pulihkan hubungan baik dengan Allah, jadikan Ramadan tahun ini sebagai langkah permulaan ke arah itu dengan sentiasa memerhatikan segala kekurangan yang telah anda lakukan terhadap-Nya dalam segenap tindakan beribadat sebelum kehadiran Ramadan.

* Jadikan Ramadan tahun ini untuk bertekad melakukan solat fardu pada awal waktu secara berjemaah di masjid atau surau, sama ada ketika berada di rumah atau di pejabat.

* Mulakan tekad untuk bertadarus al-Quran, bukan sahaja dalam bentuk bacaan, malah meneliti ayat-ayatnya yang terdiri daripada arahan, larangan, janji syurga dan neraka, pahala dan dosa, mengenai hukum-hukum Allah yang wajib dilaksana, ayat-ayat gembira, sedih, ancaman dan sebagainya bagi membangkitkan rasa tanggungjawab untuk menjadikan diri sebagai hamba Allah yang kerdil di sisi-Nya, kerana al-Quran adalah kitab Allah yang abadi hingga ke akhir zaman.

* Berjanji di hadapan Allah untuk menjadi hamba-Nya yang baik, dengan melakukan amar makruf dan nahi mungkar.


* Menjadikan pelaksanaan solat fardu lima waktu sebagai pemangkin kepada meninggalkan perkara-perkara terlarang, sepertimana yang ditegaskan Allah dalam al-Quran, ia dapat dilakukan melalui penghayatan terhadap segenap bacaan yang terkandung dalam ibadat tersebut.

* Bertekad untuk melakukan 'taubat nasuha' iaitu dengan niat dan berazam untuk meninggalakan segala kejahatan, tidak mahu mengulanginya semula, bersahabat dengan orang-orang yang boleh meningkatkan keimanan kepada Allah SWT, kerana setiap satu kesalahan walaupun kecil bentuknya, jika ia dilakukan, sesungguhnya ia telah mengundang kemarahan Allah, menggembirakan syaitan, menjauhkan diri anda daripada syurga, mendekatkan diri kepada neraka, menyebabkan Rasulullah s.a.w. sedih di dalam kubur, menyakiti para Malaikat, mengkhianati seluruh makhluk yang ada di muka bumi ini.

* Layani kedua-dua ibu bapa dengan baik dan sopan khususnya pada bulan Ramadan, ia juga termasuk menghormati golongan yang lebih tua daripada diri anda seperti abang, kakak, para guru dengan ungkapan yang boleh membangkitkan rasa hormat terhadap mereka.



* Berbuat baik terhadap jiran tetangga, kawan-kawan, saudara mara, mohonlah kemaafan atas kesalahan yang pernah anda lakukan terhadap mereka, bukan tunggu menjelangnya awal Syawal.



* Hadiri majlis-majlis tazkirah yang boleh membangkitkan kesedaran dan tanggungjawab terhadap agama.



* Carilah keaiban diri sendiri untuk melakukan pengislahan dengan bersungguh-sungguh, kerana sepanjang Ramadan adalah waktu yang palin sesuai untuk melakukannya, janganlah biarkan Ramadan berlalu tanpa melakukan perkara yang terbaik buat diri anda sendiri.

* Tinggalkan tabiat buruk menjelang Ramadan seperti suka melewatkan solat fardu, melepak, tidak suka berkunjung ke masjid atau surau.


* Hormati bulan Ramadan dengan menutup aurat dengan sempurna lebih-lebih lagi jika anda seorang Muslimah, kerana orang yang tidak menghormati bulan Ramadan dengan menjaga maruah dan harga dirinya tidak mungkin akan diberi syafaat (recommendation) Rasulullah s.a.w. untuk masuk syurga pada hari Kiamat.




Yang penting, pengislahan diri yang mahu anda lakukan itu pada bulan Ramadan, janganlah terhenti dengan kedatangan bulan Syawal, kerana Allah SWT bukan sahaja ada pada bulan Ramadan, malah sepanjang bulan, sepanjang masa Dia memerhatika kita.




Mudah-mudahan Ramadan tahun ini adalah yang terbaik untuk kita persembahkan ke hadrat Allah SWT. Ingatlah saudara-saudari, umur kita semakin hari semakin meningkat tua, perhatikan sepanjang kita hidup yang sudah pun mencecah puluhan tahun dengan memakan rezeki Allah.
Apa yang telah kita lakuan untuk agama-Nya dari sudut sumbangan, jasa bakti seperti yang pernah ditonjolkan oleh pasa sahabat baginda sebelum mereka meninggal dunia. Sama-samalah kita fikirkan. - lah

Monday, September 1, 2008

RAMADAN MENGGAMIT KEINSAFAN,MENGISI BEKALAN IMAN DAN TAKWA

Ramadan bulan ajaib sudah tiba. Keinginan untuk mendekat, serta merta bertambah. Sebuah tarikan yang kuat. Kita ingin menjadi manusia baru melalui proses The Power of 30 days.


Bulan retreat, segala perlakuan biasa kita, kita tinggalkan pada genap 30 Sya'aban, melangkah masuk ke hari pertama ramadan dengan program komprehensif, bertubi-tubi.
Hari biasa,jadual sarapan, makan tengahari dan malam, kini kita berlapar. Haus.



Lintasan fikiran kita terus ke Padang Mahsyar dengan segala kehausan dan kelaparan, lama dan berat. Tidak tertanggung


Bukankah, timbul keinsafan untuk kita menjadi manusia baik yang tidak akan kelak menderita tanpa sesiapa menjenguk menghulur segelas Coca Cola di Perhimpunan Pembalasan yang ngeri itu.


Perut yang kita rajakan selama ini mengempis, membakar lemak-lemak yang telah kita kumpulkan setahun lamanya, lalu tidakkah hati tertumpah kepada para fuqara�, anak-anak yatim dan mereka yang melarat, di mana kelaparan adalah hiasan hidup mereka.


hati kita menjadi lebih syahdu. Keinsanan seorang insan. Dan keihsanan seharusnya segera memancar, lalu anda menjadi pemurah. Bukankah itu selanjutnya menambahkan pertautan kasih sesama insan concern and caring?

Paling tidak, anda hulurkan semangkuk kuah, pada jiran anda, kata Rasulullah.


Kita dahulukan dengan sahur. Kita dipaksa, ya, dipaksa 30 hari dalam setahun untuk bangun pada waktu yang sukar, tapi penuh berkat. Waktu Tuhan menjanjikan pengampunan dan kurnia, waktu si mukmin bertekuk ".. pada waktu Sahur, mereka memohon keampunan... " (Surah az Zaariyat, ayat 18).


Al-Quran? Ia 'emel Tuhan untuk kita. Tapi kesibukan kita, atau sebenarnya sikap tak endah kita, kita lupa membaca warkah yang mahal itu. Kita, kita gelarkan diri kita para pejuang Islam, juga lupa mentelaahnya. .ah? Ramadan merayu kita untuk berfikir semula tentang Quran dan kita.
Dalam qiam Tarawih yang indah dan dalam sayup suara di mana-mana, alunan Quran membawa kita membacanya dari lembar ke lembar, sehingga tamat.




Suluhan petunjuknya kita sematkan di dada, kisah dan teladan kita telusuri semula, hikmah dan maknanya, kita studi sekali lagi. Harapan dan suruhannya, kita perkukuhkan azam menghayatinya.

Larangannya, kita tidak biarkan ia berlalu tanpa menyentuh hati kita untuk berubah.

Bulan ulangkaji. Bulan koreksi diri. Bulan mengisi tangki bekalan iman dan taqwa. Bulan kesabaran. Jika ada yang mengherdik dan menyakiti hati anda, katakanlah pada mereka, "Saya berpuasa. Saya berpuasa. Saya berpuasa."

Ia tidak mudah. Tapi kan Ramadan itu meninggalkan yang buruk-buruk di pagar harinya yang pertama.



Kata Rasulullah, berapa ramai orang yang berlapar, berdahaga dan berdiri malam, ia hanya sia-sia? Malang sekali. Ini yang seharusnya paling kita takuti. Dalam asyik mengejar ganjarannya, kita terlepas semuanya.
Bukankah ini sahaja sudah cukup untuk mentransform individu dan masyarakat Islam seluruhnya melalui Ramadan al-Karim?





para Menteri dan pembuat dasar, karyawan, pengarang dan penulis, peniaga, pekerja, berpuasa dengan ingatan ini, mana lagi kacau bilau dan hiruk pikuk yang tidak menentu dalam masyarakat Malaysia kita?
Munasabahlah, Allah menjanjikan keampunan kepada hamba-Nya yang 'berpuasa' dengan keimanan yang penuh.


Berikanlah kami peluang mengutip kuntum-kuntum pahala yang mekar mewangi di ramadan-Mu, wahai Maha Pengasih. Jambangannya menghiasi Malaysia Baru dengan pemimpin dan rakyat yang bertakwa, satu masa. Teduhan dan bekalan kami untuk ke syurga-Mu.



Alangkah bahagianya, sekali lagi Engkau izinkan aku menemui ramadan-Mu yang Pemurah.


SYAWAL

Suatu ketika Syawal terlibat pembicaraan dengan gurunya…. Syawal mempertanyakan makna cinta dan gurunya pun menjawab: “Masuklah kedalam huta...